Terpenjara di Al-Azhar Selama 20 Tahun

Al-Imam Khalil Bin Ishaq Al-Jindi Al-Maliki adalah seorang ulama Al-Azhar yang sangat unggul dan terkenal, terutamanya melalui kitabnya yang berjudul Mukhtasar Al-Khalil. Beliau belajar, bertalaqqi, dan tinggal di Jami’ Al-Azhar Asy-Syarif lebih dari 20 tahun dan tidak pernah berekreasi atau berjalan-jalan, bahkan beliau tidak pernah melihat Sungai Nil walau sekali.

Ini bisa terjadi kerana beliau terlalu sibuk dengan ilmu, muthala’ah, dan menulis. Beliau telah tenggelam dalam kelazatan ilmu hingga tidak terpikir untuk bersenang-senang dengan dunia. Beliau giat menulis kitab Mukhtasar-nya dalam Fiqh Maliki yang sangat bermanfaat. Beliau telah melengkapi apa yangg belum dilengkapkan ulama sebelumnya.

Berkata Al-Imam Syaikh Dr. Ali Jumah, “Coba bayangkan bagaimana jika kamu terpenjara di Al-Azhar selama 20 tahun?”

Bagi beliau itu adalah penjara pilihan dan sukarela, bahkan sangat enak dan lazat. Al-Imam Al-Khalil tidak mempunyai hajat pada dunia. Beliau menunjukkan bahwa zuhud di dunia ini bukanlah dengan pasif, tetapi zuhud di dunia dengan membina secara aktif.

Sebab itu beliau sangat produktif. Kitab Mukhtasar Al-Khalil karya beliau kekal hingga ke hari ini, bahkan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Prancis dan Inggris. Kitab tersebut juga tersebar di seluruh dunia dalam berbagai bahasa. Kitab tersebut merupakan ‘umdah di sisi Malikiyah dan banyak ulama yang mensyarahkannya, diantaranya Al-Imam Ad-Dardir.

“Beliau sanggup mengurung dirinya di Al-Azhar lebih dari 20 tahun. Tidak keluar, tidak pergi, tidak datang, kecuali sibuk dengan kitab dan ilmu, maka beliau mengeluarkan sesuatu yang sangat luar biasa untuk umat.”

Kisah beliau dapat dirujuk dalam Syifa’ul Ghalil Fi Halli Muqfali Khalil karya Al-Imam Ibnu Ghazi Al-Utsmani Al-Maliki.

Adhli Al Karni, Mahasiswa Ekonomi Syariah IPB

(Adhli Alqarni/Am)

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.